Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kem.bang] | برکمبڠ

Definisi : 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,

Puisi
 

Ini lagu serampang laut,
     Pulau Tamu jauh sepadan;
Layar berkembang kemudi dipaut,
     Tidak laju celaka badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti kaduk kena air tahi.

Bermaksud :

Berkembang biak dan lama hidup.

 

Lihat selanjutnya...(3)

313

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Lembu dogol jangan dibalun

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Lembu dogol jangan dibalun. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Melati berkembang waktu subuh, Seri indah pada bunganya; Hati siapa tidakkan luluh, Seluruh Nusantara terasa sakitnya.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Yang kembang biarlah berkembang, Supaya harum di bawah bukit; Orang jongang biarlah jongang, Supaya mencium mudah menggigit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman beradab berkembang ilmu; Makan bukan sebarang makan, Makan suap orang tak malu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kumbang terbang menjauh, Tentulah bunga mudah berkembang; Kalau abang memang bersungguh, Janganlah lengah datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hulur dayung tarik dayung, Papat rumput sama ratanya; Tuan pulang berkembang payung, Kami tinggal galak rasanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air topong Bukit Sitopong, Tarik papan sama ratanya; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami kan ikut jahat jua rasanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas