Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.rut] | برکروت

Definisi : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.rut] | برکروت

Definisi : tidak licin (bkn kulit dll); berkedut: Dahinya sudah mula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerut (adjektif)
Bersinonim dengan kedut, ikal, keriting, lipat-lipatan, gelembur;,
Kata Terbitan : berkerut, kerutan, mengerutkan,


Pantun

PantunSumberTema
Mengapa gendang tidak dipalu, Kerana kulitnya sudah berkerut; Mengapa orang tidak bermalu, Kerana hatinya sudah berlumutKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas