Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.bur] | برقبور

Definisi : 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bur] | برقبور

Definisi : ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubur (kata nama)
Bersinonim dengan makam, pusara, jirat, kubah, sentiung, kandang;,
Kata Terbitan : berkubur, menguburkan, perkuburan,

Puisi
 

Burung tekukur terbang melambut,
     Mari hinggap di pokok ciku;
Hendak mati di hujung rambut,
     Hendak berkubur di hujung kuku.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Ambil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang melambut, Mari hinggap di pokok ciku; Hendak mati di hujung rambut, Hendak berkubur di hujung kuku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang menuku, Turun makan padi di laman; Rasa nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang seribu, Mari berhenti di tengah halaman; Abang nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup api embun berderai, Turun ke padang memburu rusa; Niat di hati tak mahu bercerai, Hidup mati berkubur dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas