Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Sampan berlabuh di tepi teluk,
     Hendak belayar Kuala Daik;
Santan dimakan kalau mabuk,
     Tentu bercampur barang tak baik.


Lihat selanjutnya...(23)

Pantun

PantunSumberTema
Adat berlabuh pada yang tenang, Bila tak tenang perahu pecah; Adat mengasuh berdada lapang, Bila tak lapang tentu berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan berlabuh di tengah pekan, Mata badik yang melipatnya; Bukan menuduh yang bukan-bukan, Mata adik yang meilhatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak perahu dagang, Berlabuh di muara; Ada semngat juang, Jadi wira Negara.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bila lancang sudah berlabuh, Di sana dapat orang bermalam; Apabila abanglah pergi jauh, Manalah dapat kutidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun rakit hendak berlabuh, Rusa berlari tidakkan diam; Walaupun langit hendak runtuh, Cinta di hati tidakkan padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas