| Yang berbudi kita muliakan, Supaya terbalas budi baiknya; Tunangan berlaki kita doakan, Supaya lekas dicerai lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Buah ketapi tindih-menindih, Buah kasinar dalam perahu; Nak berlaki pilih-memilih, Nak anyam bujam pun tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang disebut rezeki padi, Ladang menjadi padinya elok; Orang penurut berlaki bini, Panjang jadi pendek pun elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Waktu menteri membeli kunyit, Orang berjaja bermandi peluh; Pilulah hati berlaki buncit, Kurang waspada bininya lumpuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Untuk apa membeli kuda, Kaki kuda pandai melompat; Untuk apa berlaki tua, Laki tua pandai memanjat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Untuk apa pergi petang, Supaya pulang subuh-subuh; Untuk apa berlaki bujang, Supaya senang disuruh-suruh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tumbuh lalang menjadi rebung, Sedap sekali dibuat sayur; Sungguh malang berlaki ompong, Setiap hari memasak bubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sungguh beruntung membeli kukus, Makanan dikukus rasanya lazat; Sungguh beruntung berlaki kurus, Badannya kurus mudah diangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Elok menebang kayu resak, Ditebang pepat maka digergaji; Elok orang berlaki pendek, Orang mengumpat disangka memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |