| Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Taat anak ke ibu bapak, Pantang sekali berlaku kasar; Adat tegak tuahnya nampak, Lapang hati malu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sifat lampu sumbu dibakar, Cahayanya terang di dalam gelap; Adat Melayu berlaku sabar, Dadanya lapang faham bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Tiang tengah kayu meranti, Satu patah semuanya remuk; Hilang tuah malulah diri, Berlaku salah nama busuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bunga kenangan kembang sekaki, Baru mekar harum semerbak; Tanda orang tua berlapang hati, Berlaku sabar sebelum bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau niat berkain pelekat, Jangan membeli baju kurung; Kalau niat memimpin rakyat, Jangan sekali berlaku sombong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |