Kalau terbang burung kuaran, Gantunglah jala berlapis rapat; Kalau orang menjunjung al-Quran, Junjunglah pula hadis Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa duduk di ambang pintu, Lapis-berlapis sanding papan; Mengapa cakap abang begitu, Berapa lapis dinding di badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau mudik ke Tanjung Batu, Lapis-berlapis daun pandanya; Kalau adik berkata begitu, Berapa lapis dinding badannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang dahan berlapis; Baik adat elok orangnya, Elok orang tahan berhabis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yakin habis tidakkan habis, Percaya diri tiang usaha; Kain tipis tidak berlapis, Dibawa mandi orang menganga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |