Andainya makan tidak berlauk, Tentulah sedikit nasi ditelan; Andainya iman tidak dipupuk, Tentulah sakit di hari kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tengah hari makan berlauk, Gulai pepuyu diberi santan; Hamba ke mari tuan merajuk, Hatiku pilu bukan buatan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah cukup membawa beras, Hendak berlauk carilah ikan; Kalau hidup bekerja keras, Tidakkan suntuk mencari makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sudahlah pinggan diinjak beruk, Kulitnya pula dilapah ayam; Sudahlah makan tidak berlauk, Bininya pula bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |