Orang bersampan awak bersampan, Siapa berlayar siap berenang; Orang jantan awak pun jantan, Siapa benar siapa nan menang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun ribut belum berhenti, Sampan berlayar didayung juga; Walaupun perut belum berisi, Kawan yang lapar ditolong juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sampan kotak hanyut berdetik, Alunan berlayar dari hulu; Buah masak baik dipetik, Masam manis baru tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Batu Malim dua kerusi, Boleh kita berlayar kapal; Kalau beli kain dua helai seragi, Boleh kita bertukar pakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu layar patah tiangnya Ditiup angin bertambah larat; Malu berlayar susah tunangnya, Hidup miskin dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tumbuh rotan sudah berakar, Pandan berbuah berakar juga; Tujuh lautan sudah terbakar, Sampan sebuah berlayar juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |