| Biarlah batang beruas-ruas, Kita memilih batang berlumut; Biarlah orang berkeras-keras, Kita memilih nan lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlumut; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak menghasut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Hari panas pergi ke hutan, Terlanda semut duduk meracau; Laki pemalas bini penyegan, Tanggal berlumut periuk berlangau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengapa gendang tidak dipalu, Kerana kulitnya sudah berkerut; Mengapa orang tidak bermalu, Kerana hatinya sudah berlumut | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |