Ingat-ingat merendam kain, Kain itu ada kapasnya, Ingat-ingat dalam bermain, Bermain itu ada batasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang bujang memakai kain, Sudah berkain berbaju tidur; Bukan kami pandai bermain, Sebab bermain malulah undur. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bermain suka-suka, Bermain bola-bola; Kamu mahu merdeka, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau di baliknya semut api, Akan terbuang batang lada; Kalau adik bermain api, Abang senang bermain muda. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan bermain seludup-seludup, Latihan rohani tidak sihat; Ilmu itu panduan hidup, Ke mana pergi tidak sesat. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Mari bermain si anak burung, Dayang Juita berjalan kaki; Mengenang diri tidak berkampung, Menurut saja apa akan terjadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang bermain di atas panggung, Banyak orang datang mengintai; Alang tinggi kelapa tergantung, Ada masa dikorek tupai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |