Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.man.ja] | برمنجا

Definisi : berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.man.ja] | برمنجا

Definisi : berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tinggi-tinggi si matahari,
     Sama timbang bungalah lawangsa;
Indung-indung boleh kucari,
     Hilang kekasih di mana bermanja.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Ke mana lagi memetik bunga, Bunga sekaki sudahlah layu; Ke mana lagi adik bermanja, Kanda kunanti tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang berisi santapan raja; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang menjadi tempat bermanja.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini zaman kemaruk, Gila pangkat kemaruk harta; Dengan bini jangan beramuk, Supaya dapat duduk bermanja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Telur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggi-tinggi si matahari, Sama timbang bungalah lawangsa; Indung-indung boleh kucari, Hilang kekasih di mana bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas