| Kalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Abang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyaklah ikan mabuk terapung, Kerana terminum air tuba; Letaklah dan duduk bermenung, Kerana belum bertemu adinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bagaimana sampah takkan pecah, Bila dilanda ombak menggunung; Bagaimana badan takkan susah, Bila kerjanya duduk bermenung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |