Muar belum bernama Muar, Muar bernama Libar Condong; Lucut baju lucut seluar, Besarlah sial malang merundung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung bernama unggas bumban, Hinggap mematah ranting lada; Dua kali berkata enggan, Bagaikan emas bergelang ganda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bukit bernama Bukit Pandan, Tempat orang tembak batu; Batu canai disangka intan, Bila dilihat baru tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang padat bernama besi, Yang berongga ada beruang; Yang adat sama diisi, Yang lembaga sama dituang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak ikan bernama todak, Mati puput ditelan tenggiri; Sakitnya tuan dilambung ombak, Nyawa bersangkut di sauh besi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |