Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nya.nyi] | برڽاڽي

Definisi : , menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.nya.nyi] | برڽاڽي

Definisi : melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,


Pantun

PantunSumberTema
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bernyanyi helang terbang petang, Tempat bersarang pohon rambutan; Begini malang nasibmu sayang, Tanah sehasta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakNasib
Kalian menali-nali sutera, Kami menali-nali terap, Menali sambil bergantung, Kalian bernyanyi berhati suka, Kami bernyanyi ganti meratap, sambil membilang-bilang untung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung putih burung undan, Bernyanyi-nyanyi sungguh mesra; Buah masih di ujunh tandan, Untung rugi sudah dikira.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Sejak tumbuh tangkai ketari, Banyaklah pasu yang bernyanyi; Sejak si lumpuh pandai menari, Banyak si bisu yang menyanyi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jika gendang tidak dipukul, Manakan orang mahu bernyanyi; Jika abang tidak menyusul, Manakan hamba mahu kembali.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Bukan kami menali sutera, Benang tali di atas batang; Bukan kami bernyanyi suka, Kami terkenang kepada abang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas