Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Walau laut berombak besar, Kerana janji bertolak juga; Walau lutut sudah gementar, Kerana laki dipeluk juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Paku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sapu tangan tepi berkelim, Jahit baju benang berombak; Sirih pinang dapat dikirim, Rindu dendam siapa nak bawak? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu pagi kabut pun reda, Hendak bersampan laut berombak; Mahu berhenti takut ke janda, Hendak berjalan lututlah bengkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang perigi tengah laut, Cedok mari kulit lokan; Tuan pergi berombak laut, Saya di rumah mengira bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |