Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berpanas; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat berkorban ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sudahlah teruk memotong kayu, Jangan lagi disuruh berpanas; Sudahlah mabuk menanggung rindu, Janganlah kami dikipas-kipas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat berhenti di tempat teduh, Bila tak teduh tentu berpanas; Adat mengaji taat dan sungguh, Bila tak sungguh ilmu terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Putik nanas dalam kebun, Ambil sebiji letak di tepi; Siang berpanas malam berembun, Tuan tidak ambil peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang berdedai menjala hiu, Ikan mengganas sepanjang tahun; Abang bagaikan kelana lalu, Siang berpanas malam berembun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |