Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : mempunyai pandangan (ba­hawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan keboleh­an menjangka (keperluan, masalah, perkem­bangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain biru pengesat tangan,
     Orang berjamu di rumah kenduri;
Mata beradu lalu berpandangan,
     Kita bertemu baru sekali.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Apa guna pasang pelita, Pasang sekali di rumah dapur; Apa guna berpandangan mata, Pandang sekali hatiku gugur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah padi selasih dulang, Saya menumpang menabur lada; Buah hati kekasih orang, Kami berdua berpandangan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas