Adat berjanji berpantang mungkir, Adat bersumpah pantang berhelah; Adat memuji pantang menyindir, Adat menyembah pantang melapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perahu berpantang karam, Bila karam binasalah sampan; Adat Melayu pantang berdendam, Bila berdendam binasalah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat parahu berpantang bocor, Bila bocor tentulah karam; Adat Melayu pantang takbur, Bila takbur muka kan lebam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perahu berpantang hanyut, Bila hanyut tentulah larat; Adat Melayu berpantang takut, Bila penakut tentulah lumat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang jangan sembarang; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang berpantang larang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat berkawan seiring jalan, Adat bersaudara seia sekata; Adat sejalan pantang melendan, Adat sekata berpantang dusta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Tahan berjaga siang dan malam; Bukan mudah memegang adat, Iman di dada berpantang padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa bunga tiada bertangkai, Tanam budak tepi perigi; Sama biasa main di pantai, Haram tak takut berpantang mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |