Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.tun] | برڤنتون

Definisi : mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.tun] | برڤنتون

Definisi : 1 mengucapkan atau menyanyikan pantun. 2 berbalas-balas pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpantun

Puisi
 

Pokok jelutung getah jelutung,
     Buat getah burung merpati;
Abang berpantun adik berpantun,
     Dalam pantun mengikat hati.


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

PantunSumberTema
Orang berkebun saya berkebun, Dalam kebun bertanam bunga; Orang berpantun saya berpantun, Dalam pantun ada makna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok jelutung getah jelutung, Buat getah burung merpati; Abang berpantun adik berpantun, Dalam pantun mengikat hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bukan gambus gila di pekan, Melagui hendak berpantun; Bukan bagus kami gilakan, Akal dan budi dialu-alukan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Petik bunga serumpun, Rumpun bunga melati; Patik mohon berpantun, Pantun menghibur hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Nak berkebun berkebun sangat, Buah limau masak layu; Nak berpantun pantun sangat, Macam Cina masuk Melayu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau tuan memetik rambai, Rambai ada di hujung dahan; Sungguh berpantun kita beramai, Berserah kita kepada Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Cik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina pelihara babi, Diberi makan daun keladi; Anak siapa berpantun tadi, Cuba pantun sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123

Kembali ke atas