Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.luh] | برڤلوه

Definisi : 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh be­kerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.luh] | برڤلوه

Definisi : mengeluarkan peluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluh (kata nama)
Bersinonim dengan keringat;
Kata Terbitan : berpeluh,

Puisi
 

Makan kugaul hanya sedikit,
     Air berkocak di dalam talam;
Badan berpeluh mataku sakit,
     Angkat mengucap di tengah malam.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Telah lama kuda berlari, Dikejar budak badan berpeluh; Sudah lama hamba menanti, Khabar tidak pesan pun jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beduk subuh sudah berbunyi, Tanda waktu sudahlah masuk; Duduk berpeluh hamba menanti, Dinda tak malm menyuruh duduk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Nyaman sungguh orang menumbuk, Dapat padi muka berminyak; Badan berpeluh tulang pun remuk, Dapat laki berselera badak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tahi ayam dimakan puyuh, Baunya busuk bukan kepalang; Mandi malam badan berpeluh, Baru duduk kain berlubang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas