Hendak berperahu tiada berkemudi, Hendak menebas tidak berparang; Hendak memetik daun lenggundi, Pohon temoat ular bersarang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila berperahu jangan meribut, Kalau ribut datanglah badai; Apabila membantu jangan disebut, Kalau disebut pahala tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Darilah Raib berperahu ke hutan, Lumba pertama si nombor satu; Apa ditangis apa disukakan, Hilanglah lama berganti baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berperahu; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |