Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau berperang di dalam kubu, Tombak lembing buat perisai; Kalau hilang ayah ibuku, Seperti karang bunga berderai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Laksamana pergi berperang, Pacu kuda dari Patani; Saya naga bertapa di padang, Sekalian bisa di tangan kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Yakin sungguh orang berperang, Beraninya tidak mengenang mati; Lain sungguh abang sekarang, Janjinya tidak dipegang lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gegap gempita orang berperang, Bunyi senjata berdencing-dencing; Gelaplah mata abang sekarang, Adik kupuja tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak raja turun berperang, Menemui seekor burung terkikir; Tuan laksana bulan terang, Cahaya terus di dalam air. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |