Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.tih] | برڤوتيه

Definisi : ; ~ mata prb berhiba hati menang­gung rindu (spt seorang muda melihat tunang­nya diambil orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berputih

Puisi
 

Bukan saja condong ke dulang,
     Saya tak mahu condong ke desa;
Biar saya berputih tulang,
     Saya tak mahu berputih mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Nasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan saja condong ke dulang, Saya tak mahu condong ke desa; Biar saya berputih tulang, Saya tak mahu berputih mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Batang mengkudu tepi telaga, Putik sebiji tak juga besar; Abang menunggu berputih mata, Adik dinanti tak ada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri berkain sarung, Kaki terantuk ke tepi meja; Begitu isteri bermain serong, Laki terduduk berputih mata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sudah bermukim di Negeri China, Kapal berlabuh di Tanjung Bata; Tuan semua sudah dipunya, Saya ini berputih mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna angin bertiup, Kalau tak ribut gegak gempita; Apalah guna kita nan hidup, Kalau sama berputih mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas