Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.ti/] | برڤوتيق

Definisi : 1. mulai mempunyai putik, mulai berbuah: rambutan kami sudah mulai ~; 2. ki menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.ti/] | برڤوتيق

Definisi : 1 mula mengeluarkan putik; mula berbuah: Pokok-pokok durian di kampung sekarang sudah ~. 2 ki tampak tanda-tanda yg menyatakan akan berhasil (ttg usaha dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berputik

Puisi
 

Asam belimbing di dalam belanga,
     Dibubuh garam buat jeruk;
Berputik dahulu baru berbunga,
     Buahnya jarang dimakan budak.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang nangka berputik juga, Rebah ke tanah rantingnya patah; Abang menyangka adik setia. Rupanya sudah berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Serumpun bunga dalam pasu, Harum berputik bunga lilin; Kupohon doa kupohon restu, Embun menitik di tempat lain.Pantun Melayu SarawakKasih
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam mentimun baru berputik; Demam bukan sebarang demam, Demam melamun rindukan adik. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pohon kenanga dililit ubi, Daunnya luruh belum berputik; Perkara bunga suntingan nabi, Bolehlah hamba datang memetik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kerana ada kulim di rimba, Batang langsat jadi berputik; Kerana ada alim ulama, Orang yang sesat menjadi baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari Gersik ke Surabaya, Singgah memetik kuntum delima; Sungguh malang nasib saya, Sudah berputik balik berbunga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas