Bergesek rebab bertali dua, Mari gesek bertali kain; Mari adik bersahabat dua, Bersahabat saya nanti pergi ke lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Adat memakai menutup aurat, Adat berkain pantang tersingkap; Adat beramai hidup bersahabat, Adat bermain memegang adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang terbakar merasa hangat, Yang berhujan tentulah sejuk; Orang penyabar bawa bersahabat, Orang penyegan perlu dipujuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat bersampan mahu berdayung, Adat membelat mahu berbasah; Adat berkawan mahu menolong, Adat bersahabat mahu bersusah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |