| Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Daripada menakuk rumput buluh, Elok mentak bunga cendawan; Daripada duduk bersama mush, Elok tegak bersama kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Alang-alang betis pelanduk, Kita matikan tetauk muda; Pantang helang bersama manuk, Lama-lama bersama jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Banyak bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga juak; Dalam dunia tidak bersama, Dalam akhirat bersama juak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tanamlah bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga jua; Di dalam dunia tidak bersama, Di dalam akhirat bersama jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tidak bersama-sama, Manakan dapat sembahyang Jumaat; Kalau tidak kerana ulama, Manakan dapat hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Ribut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |