Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.sa.ma] | برساما-سام

Definisi : berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Batang berdiri rama-rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Mari duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berarak tidak berlari.

Bermaksud :

Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tidak bersama-sama, Manakan dapat sembahyang Jumaat; Kalau tidak kerana ulama, Manakan dapat hidup selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bulan puasa orang mengaji, Duduk tadarus bersama-sama; Putus cinta pusanglah hati, Badan kurus hidup merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika tapah jangan mengikat, Kalau mengikat labuhkan dia; Jikalaulah kasih melayang surat, Kita melihat bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas