Kalau tidak bersama-sama, Manakan dapat sembahyang Jumaat; Kalau tidak kerana ulama, Manakan dapat hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bulan puasa orang mengaji, Duduk tadarus bersama-sama; Putus cinta pusanglah hati, Badan kurus hidup merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tapah jangan mengikat, Kalau mengikat labuhkan dia; Jikalaulah kasih melayang surat, Kita melihat bersama-sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |