| Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Asap api dari seberang, Dibawa angin ke tengah laut; Hasrat hati memetik kembang, Rupanya kasih tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Behan berat kaki pun goyang, Rasanya letih menggoyah lutut; Badan penat hati pun bimbang, Kerana kasih tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |