Kata adat kata bersayap, Digulung kecil dibentang Iebar; Kita seadat sesama seadab, Bertudung adil bertiang benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cancang rebung saya kunyiti, Anak sembilang terayap-rayap; Tantang gunung saya tangisi, Akan terbang tidak bersayap. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang seberang mematah paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang nakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |