Adat Melayu bersendi syarak, Syarak bersendi ke kitabullah; Adat Melayu pantang dianjak, Dianjak sekali tentu menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Syarak bersendi ke kitabullah, Ditudung payung sunah nabi; Dianjak sekali tentu menyalah, Binasa kampung rosaklah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan sunah tempat bersandar; Tanda umat berbudi akhlak, Berjalan pada tempat yang benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Meminta kaji pada yang alim; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali berlaku zalim. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Ajaran berisi akidah Islam; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petuah ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Luar malam jadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petua ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Taat setia ke ibu bapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang semena-mena; Tanda umat berbudi akhlak, Sifatnya pandang mengada-ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |