| Darjat pangkat berserta bintang, Darjat diukur tidak terbilang, Hajat berdagang di tanah seberang, Dapat untung dibawa pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
| Belilah tikar berserta bantal, Untuk dibentang di dalam pondok; Hati berdebar bercampur kesal, Menengok abang diam merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tiap mudik perahu nelayan, Membawa jala berserta bubu; Kuharap adik mahu berkawan, Supaya mudah kita bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bila termakan ke biji pahit, Berilah cuka berserta madu· Bila kusimpan jadi penyakit, Hendak dibuka berasa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang menjerat ke hulu Johor, Mencari rusa berserta kijang; Abang ibarat perahu bocor, Siapa pula yang mahu menumpang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |