Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya): matahari ~ meneĀ­rangi alam; ~ titisan air matanya di pipi; 2. ki berseri atau harum namanya dll: kali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengeluarkan sinar; memancarkan cahaya dll: Matahari ~ menerangi alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,

Puisi
 

Gulai kacang campur cendawan,
     Beri makan tuan puteri;
Habis bintang disapu awan,
     Bulan bersinar dengan matahari.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bulan cerah bersinar benar, Cahayanya cerah sampai ke pintu; Cuba cubit abang nak kenal, Lainkah tidak dari dahulu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau bintang tidak bersinar, Tentulah langit tiada berseri; Jikalau abang tak mahu bersabar, Berpisahlah kita sampai di sini.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kilang tebu didiri sudah, Cawan berisi buah tamar, Hilang jerebu langit cerah, Awan berarak matahari bersinar.Pantun Melayu SarawakUmum

Kembali ke atas