Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua.mi] | برسوامي

Definisi : mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua.mi] | برسوامي

Definisi : sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Tanam ubi tanam keladi,
     Anak belanak dalam tapisan;
Tuan beristeri dia bersuami,
     Ada anak boleh berbesan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersalai tidak berapi.

Bermaksud :

Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila cukup bilangan hari, Tepati janji jangan berbohong; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bermain serong.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Berjanji tidak berhelah lagi; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya tidak berbelah lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Janji sampai hutang diingat; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya sampai ke liang lahad.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi nanti-menanti; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali maki-memaki.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi tunggu-menunggu; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali berlaku cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Bila berjanji wajib dibayar; Apabila hidup bersuami isteri, Laba dan rugi tetap bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Tunaikan niat lunaskan hutang; Apabila hidup bersuami isteri, Pakailah sifat berkasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas