Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bersenang-senang, bergembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bersuka-suka, bergembira, ber­girang-girang: orang ramai juga turut ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bersuka-suka; bergembira: Sebelum menghembuskan nafasnya yg akhir, Nagasura telah me­nyuruh rakyatnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ria
Rujuk :riang

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tersaukkan ikan,
     suka;
tersaukkan batang,
     masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Bersuka ria di hari raya, Pakai songkok pakai celana; Jangan terpedaya skim cepat kaya, Modal habis diri merana.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh periang orang bersuling, Pagi dan petang bersuka ria; Sungguh menyayang orang sumbing, Dimarahi orang tertawa juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tabuh gendang bunyi bertalu, Di sana orang bersuka ria; Sungguh malang nasib diriku, Dinda kupinang sudah berpunya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Duri dibuang sakit pun hilang, Duri dibuang di dalam raga; Adik hendak mengikut abang, Boleh adik bersuka ria.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas