Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.lam] | برسولم

Definisi : bersuji atau bertekat dgn: bantal peluknya ~ dgn gambar rama-rama besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.lam] | برسولم

Definisi : ada sulamnya atau ada sujinya; memakai sulam: Kainnya ~ benang emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersulam

Puisi
 

Kain baldu bersulam tangan,
     Sulam sutera cara lama;
Hati rindu banyak kenangan,
     Ingatkan cerita zaman lama.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kain budak bersulam kesuma, Pakai cantik Raja Cina; Puan cantik saya tak gila, Banyak orang dalam dunia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju biru jahit bersulam, Dipakai anak yatim piatu; Baru dapat gaji semalam, Ceti menunggu di hadapan pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau dibentang baju bersulam, Luruh buahnya beri bersemak; Kalau orang mengaku Islam, Turutlah sunah Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok kain kerana bersulam, Sulam dan tekat anak Melayu; Elok pemimpin kerana berfaham, Fahamkan adat serta berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai.Pantun Melayu SarawakKasih
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa.Pantun Melayu SarawakKasih
Apa tanda selendang barat, Elok bersulam berbunga lebar; Apa tanda orang beradat, Elok di dalam mulia di luar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jangan dipakai baju berlubang, Pakai bersulam kain pelikat; Jangan dipakai sesudah orang, Sesudah orang merosak kulit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tidak kerana berhemat, Takkan ada renda bersulam; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Takkan ada agama Islam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas