| Sifat perahu ada pengayuh, Bila dikayuh sampai ke seberang; Adat Melayu suka bersungguh, Bila bersungguh dipakai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Mencari ilmu bersungguh hati, Ilmu yang dapat kita amalkan; Terpuji Melayu patuh ke janji, Di situ tempat kita dimuliakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Taat umat kepada Allah, Berbuat ibadah bersungguh hati; Kuat adat mulia maruah, Sifat semenggah senonoh budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang bersungguh hati; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang menempuh mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Pongsu empat tinggal empat, Pongsu tiga tinggal tiga; Aku bersungguh-sungguh tapi tak dapat, Kalau ada kudrat aku nak cuba juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Kalau kumbang terbang menjauh, Tentulah bunga mudah berkembang; Kalau abang memang bersungguh, Janganlah lengah datang meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Induk siamang jatuh ke kali, Berlumba-lumba yu menyerang; Kutengok abang bersungguh hati, Makanya hamba mahu dipinang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau berjaja perak bersepuh, Jangan dikatakan barang asli; Kalau bekerja tak bersungguh, Jangan diharapkan dapat rezeki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Lembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |