Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.syu.kur] | برشکور

Definisi : berasa syukur, berterima kasih: sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kpd Tuhan; perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dgn apa yg ada, tidak pernah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.syu.kur] | برشکور

Definisi : berasa syukur; berterima kasih: Aku ~ kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersyukur


Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat tahu bersyukur, Nikmat Allah ia muliakan; Membuang adat malu bertabur, Umat terbelah binasalah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Walaupun menggulai tidak bisa, Dapat bertanak sudah bersyukur; Walaupun bercerai talak tiga, Mengingat anak tetap bertegur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila menyukat padi, Hitungnya jangan salah; Apabila mendapat rezeki, Bersyukur kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman.Pantun Melayu SarawakAgama
Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata; Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki hatinya rela.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Biarkan orang bertutup upih, Kita mengukur buah pedada; Biarkan orang hidup berlebih, Kita bersyukur pada yang ada.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tua bukan sebarang tua, Tua umur badanlah bongkok; Tuah bukan sebarang tuah, Tuah bersyukur imannya elok.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya kaki tidak berkubang, Nampak lumpur jagalah langkah; Supaya rezeki tidak berkurang, Banyak bersyukur kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup tikar bantal, Hendak tidur tiadalah payah; Kalaulah hidup sabar tawakal., Banyak bersyukur kepada Allah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Makan sirih ujung-ujungan, Makan sekapur sambil berludah; Saya di sini untung-untungan, Hidup bersyukur di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas