Bertabur jadi tanah. Kena sumpah seranah; Suka buat fitnah, Rumah tangga musnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Benih bertabur di atas tanah, Bunga rampai bunga melati; Rosak binasa kerana fitnah, Dosa ditanggung sampai ke mati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Kisah putri Sejinjang, Bertabur jadi tanah; Suka hina orang, Suka buat fitnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Bila bintang nampak bertabur, Tanda awan mulai menipis; Apabila abang hendak mundur, Tanda pertemuan kitakan habis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain sutera kain kapas, Kain bertabur mawar merah; Dalam hati haran tak lepas, Tunggul dipandang terbayang wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kuini tumbuh renek, Buah jatuh bertabur, Ini nasihat nenek, Mesti bijak melabur. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Baik-baik menabur bayam, Jangan bertabur ke benih maman; Baik-baik memelihara ayam, Helang berlegar tengah laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |