Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.hun.ta.hun] | برتاهون - تاهون

Definisi : sl ber­­­gema, bergaung, bergemuruh, bertala-tala: sekejap kemudian tangis dan ratap ke­dengaran ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.hun.ta.hun] | برتاهون - تاهون

Definisi : beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.hun.ta.hun] | برتاهون - تاهون

Definisi : beberapa tahun lama­­nya: Sudah ~ dia pergi merantau di negeri orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertahun-tahun

Puisi
 

Ambilkan saya buah delima,
     Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
     Jadi kenangan bertahun-tahun.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

PantunSumberTema
Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ekonomi Negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan umbi beracun; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menanti bertahun-tahun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas