Bertali jalan Gumantong, Kalakati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bergesek rebab bertali dua, Mari gesek bertali kain; Mari adik bersahabat dua, Bersahabat saya nanti pergi ke lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cabuklah cabuk bertali umbai, Bekasnya umbai bertali purun; Adik ditabuk sedang melambai, Kalau sudi ke mari turun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Benang bertali, Anak putu dikasi makan; Teguh-teguh memegang janji, Seperti paku lantak di papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belum kan layu; Kuat orang jangan peduli, Marah itu ada tempatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belumkan layu; Kuat orang jangan peduli, Belum dicuba belum kan tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak unta bertali baja, Terbang balam memakai mahkota; Sejak si buta menjadi raja, Siang malam memakai pelita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |