Biarkan orang bertanam jadam, Kita selalu bertanam padi; Biarkan orang bertanam dendam, Kita selalu bertanam budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kekalkan Mak Busu bertanam miak, Bertanam miak di muka pintu; Kekalkan Mak Busu banyak anak, Minta seorang buat biniku. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Biarlah orang bertanam buluh, Kita bertanam padi juga; Biarlah orang bertanam musuh, Kita menanam budi juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa gunanya bertanam sirih, Bila menyemak halaman rumah; Apa gunanya memendam kasih, Bila awak dipandang rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau banyak bertanam puding, Di sana busut di situ kasai; Kalau bijak dalam berunding, Di mana kusut di situ selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai bertanam pisang, Kalau panas carikan tudung; Pandai-pandai berjalan siang, Kalau panas cepat berlindung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |