Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tan.du/] | برتندوق

Definisi : mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tan.du/] | برتندوق

Definisi : ada tanduknya; mempunyai tanduk: Kerbau ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanduk (kata nama)
Bersinonim dengan cula, sumbu;,
Kata Terbitan : bertanduk, menanduk,

Puisi
 

Dua bertanduk bertiang tiga,
     Dari masuk berkunci tiada;
Bulan masuk matahari gila,
     Abang diharap dipandang tiada.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kerbau bertanduk,
     rotan beronak.

Bermaksud :

Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Jangan si pucuk nanas, Si pucuk rotan saya carikan; Jangankan kijang bertanduk emas, Bertanduk intan saya carikan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dua bertanduk bertiang tiga, Dari masuk berkunci tiada; Bulan masuk matahari gila, Abang diharap dipandang tiada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah rusa yang bertanduk, Tanduk rusa bukunya banyak; Banyaklah dosa yang terkutuk, Terkutuklah dosa pada ibu bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang berburu ke padang datar, Dapat rusa bertanduk runcing; Sedang berguru orang melamar, Lambat nikah perutlah bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berburu rusa di Hutan Melintang, Dapat rusa tidak bertanduk; Baru semalam tuan datang, Sudah dapat hak penduduk.Pantun Melayu SarawakNasib
Jika berburu di hutan Tok Kadi, Dapat rusa tidak bertanduk; Jika berguru dengan padi, Semakin matang semakin tawaduk.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah limau tepi perigi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau abang mahukan kami, Carilah kijang bertanduk emas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pengat keledek hidangan ummi, Rumah Melau beratap limas; Sangat pelik di hati kami, Adakah kijang bertanduk emas.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Jika tuan ke Surabaya, Lipat kajang kemas-kemas; Jika tuan kasih kan saya, Carikan kijang bertanduk emas.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Kalau tuan pergi ke Jambi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau tuan hendakkan kami, Carikan kijang bertanduk emas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas