Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.kai] | برتڠکاي

Definisi : mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertangkai

Puisi
 

Apa bunga tiada bertangkai,
     Tanam budak tepi perigi;
Sama biasa main di pantai,
     Haram tak takut berpantang mati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.

Bermaksud :

Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau puting sudah bertangkai, Jangan diberi bertali lagi; Kalau runding sudah disimpai, Jangan diberi baji lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau puting sama bertangkai, Tidakkan bercerai bergolek-golek; Kalau berunding sesama pandai, Gelak berderai timbal balik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau putik sudah bertangkai, Jangan dikait-kait juga; Kalau runding sudah selesai, Jangan diungkit-ungkit juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Apa bunga tiada bertangkai, Tanam budak tepi perigi; Sama biasa main di pantai, Haram tak takut berpantang mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Yang bertutur yang berkerat, Yang bertangkai yang dituai; Yang seukur yang sekerat, Yang sesuai yang dipakai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah putat buah seminai, Buah padi bertangkai lebat; Tuah adat tuah beramai, Tuah menjadi perisai umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bentanglah tikar luas-luas, Tempat orang menggiling sikai, Buat ladang luas-luas, Buatkan abang emping bertangkai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas