| Tabiat Melayu bertegur sapa, Ke mana pergi mencari kawan; Sepakat Melayu hidup bersama, Siapa dengki menjadi lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Zaman lampau semuanya akrab, Sarna sekampung bertegur sapa; Badan berpanau dada berkurap. Di mana mencangkung bergaru saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengada-ngada diukurlah tidak, Orang mencermat batang padi; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Berenang ada berjemur tidak, Orang berjimat mandi di kali; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Walaupun menggulai tidak bisa, Dapat bertanak sudah bersyukur; Walaupun bercerai talak tiga, Mengingat anak tetap bertegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |