Bertepuk gelombang sampan, Singgah ke tajuk gagang sirih; Duduk selapik sedaun makan, Hati di dalamlah berselisih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Akar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu? | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Daripada duduk di tengah halaman, Eloklah pergi mencuci kain; Daripada bertepuk sebelah tangan, Eloklah mencari kekasih lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tujuh hari dalam seminggu, Budak duduk membelah rotan; Tubuhku lesih memendam rindu, Awak bertepuk sebelah tangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hanyut rakit dari seberang, Putus tali mari bergalah; Sungguh sakit bercinta seorang, Ibarat bertepuk tangan sebelah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |