Rumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kapal baluk bertiang tiga, Dibawa masuk ke Pontianak; Bulan mabuk matahari gila, Apa fikiran orang yang banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dua bertanduk bertiang tiga, Dari masuk berkunci tiada; Bulan masuk matahari gila, Abang diharap dipandang tiada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan perahu sebarang perahu, Perahu layar bertiang tiga; Bukan rindu sebarang rindu, Rindu membakar jiwa dan raga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna mencacak rumah, Bila tidak ada bertiang; Apa guna awak singgah, Bila tidak disapa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang palung di atas bukit, Penyimpai mari Hulu Pemarang; Bertiang gantung barang sedikit, Buat bakul menyandang barang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Adapun hajat sebenar hajat, Idaman orang siang dan malam; Adapun adat sebenar adat, Bertiang kepada ajaran Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |