| Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau sampai ke laut gading, Elok diberi bertih kelat; Kalau bertikai dalam berunding, Elok kembali kepada adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata adat, Adat berisi laku perangai; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu bertikai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat belayar menanti angin, Tidak berangin tidakkan sampai; Adat pembesar berhati dingin, Tidak dingin banyak bertikai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |