Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.da/] | برتيندق

Definisi : menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan perte­lingkahan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.da/] | برتيندق

Definisi : menjalankan se­suatu usaha atau kegiatan; bertugas: Pihak polis telah ~ mencegah kecurian di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,

Peribahasa

Makan bubur panas-panas.

Bermaksud :

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai bertindak adil; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tidak mengganjil.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memburu pagi hari, Anak rusa lari bertindak; Sungguh bulan payung negeri, Sehari ada sehari tidak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apabila di hulu tidak berladang, Ke hilir pula mencari makan; Apabila selalu bertindak curang, Akhirnya semua menjadi lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut airnya timpas, Kena tonggak tergalang perahu; Orang patut berfikiran luas, Bila bertindak ditimbang dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buruk parang dimakan karat, Sekali asah tidakkan tajam; Buruk orang melupakan adat, Hati pemarah bertindak kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton akhlak; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman kini zamannya fitnah, Bila berkata semuanya bengak; Dengan laki janganlah lengah, Bila menyalah segera bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bunga kenangan kembang sekaki, Baru mekar harum semerbak; Tanda orang tua berlapang hati, Berlaku sabar sebelum bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas